Scha Heart Adil

“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Followers

Tuesday, September 16, 2014

44 Hari Berpantang

Assalamualaikum

Berhabok dah blog semenjak ade Ozil, nak makan pun tak sempat ni kan pulak nak update blog. Lepas cerita "saya dah jadi mummy" kalini scha nak share amalan scha berpantang selama 44 hari dengan baby. BEST! Scha sangat suka time pantang, maybe orang lain paling tak suka bab pantang tapi bagi scha tah, pantang bukan boleh dapat selalu bila bersalin je dapat merasai pantang. So fikir jelah pantang tu memang sangat best.

Untuk minggu pertama pantang, scha berpantang dekat rumah scha sendiri dan my mum yang jaga selama 7 hari pertama scha pantang. My mum tak leh cuti lame sangat sebab kerja so lepas seminggu my mum hire confinement lady untuk scha sampai lah habis pantang. Best gila kena pamper dengan confinement lady nih. Meh nak story

Amalan berpantang yang scha amalkan adalah :

1. Pakai stokin, biasalah yang ni semua pakai sampai habis pantang sebab tak nak bagi kaki sejuk dan masuk angin. Effect kalau tak pakai bila next pregnancy akan sakit urat lebih dari orang bersalin 10 orang yang berpantang.

2. Mandi air suam. Senang scha mandi guna heater je. Kalau yang takde heater kat rumah rerajin lah korang masak air dalam baldi. Tu pun make sure husband buat kan ye jangan buat kerja berat time pantang nanti sakit urat.

3. Makan nasi panas, dont eva uols makan nasi sejuk nanti bentan sampai menggigil. Bukan sesaje cakap ye dah memang berlaku pun. Nasi semalaman pun scha tak makan. My mum cakap tak elok walaupun dah reheat, kembung perut katenye.

4. Minum air suam, 1 gelas 2 jam sekali. Yang ni mengelak badan jadi boyak air. Kiranya nak cepat kurus lah kan, setengah orang minum air banyak sebab nak breastfeed baby terpulang kepada kepercayaan masing-masing.

5. Ikat sanggul tinggi, rambut memang scha simpan dari sebelum bersalin lagi so untuk elakkan kepala masuk angin kena ikat rambut macam bonggol unta tu. Takpe untuk pantang je lagipun dalam rumah sape nak tengok kan.

6. Berjalan. Memang scha kerap berjalan takdelah baring je. Sebab ape? Darah akan circulate 1 badan dan luka epis lagi cepat sembuh. Hari ke-9 benang luka epis scha dah tanggal dan separuh bercantum. Cukup 2 minggu luka dah kering tanpa sebarang problem.

7. Makan jamu. yang ni teramat penting bagi ibu berpantang so untuk set berpantang ni scha citer panjang lebor kat bawah je. tak muat nak bebel kat sini.

So inilah amalan yang scha amalkan sepanjang berpantang, sebab nak jaga badan untuk pantang anak-anak yang seterusnya (kalau ada rezeki, amin). Ade banyak lagi lah tapi ikut lah ajaran mak masing-masing.

So semasa seminggu berpantang dengan my mum, so far tak de masalah ape-ape, biasalah my mum pun tau my feveret lauk pantang ayam halia minyak bijan (lauk pantang cina) so takdelah scha hadap masak lada kering je hari-hari. 

Semasa confinement lady jaga scha, antara kerja-kerja yang dia buat adalah :

FULL PACKAGE CONFINEMENT

1. Mandikan baby
2. Urut baby
3. Cuci baju baby
4. Urut Ibu berpantang
5. Bertungku batu
6. Pakai barut berjela panjang
7. Masak lauk pantang
8. Berpilis/param/mandian herba ibu berpantang


my confinement lady, acik liza sedang mandikan ozil


tungku batu, scha memang suka bertungku bukan kat perut je tapi confinement lady tungku kan satu badan dan juga tempat tuttttt. hihi




So ni semua confinement lady yang buat kan, memang time pantang rasa dimanjakan sangat kalau boleh nak pantang selalu (ehh?) . hihihi. 

So, sape yang stay area Kulim boleh dapatkan khidmat confinement lady ni untuk jaga korang dalam pantang letsay lah korang berniat nak pantang sendiri, (please la jangan pantang sorang diri even dengan husband) so boleh contact acik liza nih.

Acik Liza
0124509428

Harga? kalau ambil full pakej macam scha, sehari dia charge RM50 so darab lah dengan 44 hari dan tambahan RM200 untuk full body massage dan penutup pantang. So kalau korang nak ambil seminggu dua pun boleh dan actually ambil full pakej lagi murah dan jimat. Kalau ambil asing-asing kang harga lebih kurang je.Ok habis bab pantang, meh scha nak citer amalan berjamu atau pilihan set berpantang yang scha pilih untuk pantang first baby nih,



SET BERPANTANG

1. Trubellai Bhidan Pampering Kit (RM350)

*Kacip fatimah emulsion
*Jelly gamat
*Pilis
*Scrub
*Contouring lotion
*Herbal drink
*Tangas


2. Set Jamu Indonesia oleh Datin Joy Revfa (RM940)

* Bengkung Pinky Doll
*Ubat Barut Bonglai
*Herba Tasak
*Herba Perawan
*Herba Lawas Angin
*Herba Serapat
*Minyak Sireh sauna
*Masker Payudara Manjakani
*Scrub Susu Beras
*Minyak Urut Herba

3. Air Gamat Langkawi (RM8)

Beli 10 botol, baik untuk luka dalaman





JAMU HOMEMADE

yang ni scha buat sendiri, my mum ajarkan dan resipi ni adalah dari orang jual jamu kat medan

air kunyit

*kunyit hidup
*asam jawa
*gula melaka
*garam

rebus dan tapis, minum air ni suam-suam

elok untuk panaskan badan, buang darah kotor



AIR BASUHAN VAGINA

Okay manjakani ni memang bagus lah nak mengetatkan vagina nih, semua orang pun tahu khasiat dia.

air rebusan manjakani, scha amalkan air rebusan manjakani untuk kesihatan dalaman dan khasiat lain korang boleh google lah sendiri (jangan malas ye!)

juga scha buat basuhan untuk vagina sebab darah nias kan berbau hanyir sikit so rebusan manjakani campur dengan daun sireh untuk kesegaran vagina. Lepastu luka epis pun cepat sembuh. 

SCRUB BADAN

scha guna scrub dari set berpantang tambah dengan limau nipis, sapu scrub seluruh badan dan tonyoh badan dengan limau sekuat hati, InsyaAllah badan rasa fresh dan wangi. Kulit pun selembut bayi sama macam Ozil.


Bagi yang berpantang cukup 44 hari tahniah buat anda, bagi yang tak cukup nanti tanggung lah sakit-sakit badan tu sorang diri, pantang makan scha continue 60 hari dan pantang bersama 100 hari. Ni semua demi menjaga badan nan satu ni untuk kegunaan masa akan datang. Ingat lepas pantang ni badan memang akan jadi lesu, cepat letih, cepat lapar dan badan memang berlipat ganda so amalan pantang masing-masing yang bezakan hot mama dengan ermm ermm kurang hot mama. *larikkk*

Kadang tengok mak-mak dalam hari tak pakai stokin siap hirup bihun sup lagi! erkkkk


*hurm*
okbye


aishiteru

sechano

Friday, August 15, 2014

#schadiljunior : Saya sudah jadi Mommy (Part 2)

Assalamualaikum

**sambungan part 1**

Baby scha disahkan hypoglecemia dengan baca gula 1.9 sahaja. Sangat rendah sampai menyebabkan tangan dan kaki masa baby lahit bewarna kebiruan. Paeds baby, Dr Zaidi Zakaria buat keputusan untuk bagi 3 tiub antibiotic selama 3 hari dan masukkan baby dalam inkubator, cuma scha dibenarkan melawat baby dari masa ke semasa untuk BF dan sebagainya. 

Masa baby dalam nursery scha gunakan masa sebaiknya untuk berehat, kesian jugak dekat husband yang terpaksa berulang balik ke KL selepas je scha selamat bersalin. My mum pulak berulang dari office ke hospital untuk masakkan lauk pantang dan uruskan hal baby sebab scha tak boleh banyak bergerak masa tu. Sehari lepas bersalin, Dr Fawziah datang melawat dekat wad dan bagi kebenaran untuk scha discharge. Alhamdulillah tak de lah episod tumpah darah dan sebagainya, semuanya OK.

Baby masih tak boleh discharge sebab kena habiskan 3 tiub antibiotic selama 24 jam 1 tiub. Masa ni berfikir tak kan la scha discharge dan balik rumah sedangkan baby sorang-sorang dalam nursery, so scha dan husband ambil keputusan untuk lodging lagi 1 malam untuk temankan baby. Kiranya just tido semalam kat hospital dengan husband supaya boleh pantau macam mana keadaan baby kalau-kalau boleh terus discharge or kena stay lagi semalam.


8/7/2014

Selepas sehari, baby dimasukkan kedalam warmer. sedih betul. yang super sedih adalah rupanya susu scha tak keluar pun masa baby menyusu, baby cuma hisap sahaja dan baby terpaksa minum formula milk sebab dah tunjuk tanda dehydrated. Nurse datang ke bilik wad dan ajar scha untuk urut breast supaya susu keluar dan ajar cara pump tapi tak de hasil. Pump setiap jam macam nak tercabut 2 belah breast pun same jugak. *moral down gila-gila* dan kesian sangat dekat baby sebab tak dapat rasa kolostrum susu ibu.


baby yang dah mula tunjuk simptom jaundice


waaaaaa, nangis jaundice sebab tak dapat susu mommy.

Memang scha usaha untuk breastfeed baby sampaikan setiap 2 jam nurse akan jemput scha ke nursery untuk BF baby, memang sah susu takde walaupun baby keep on hisap tanpa henti dan terus akur kena jugak on formula milk sepanjang baby dalam nursery. Masa ni just fikir asalkan baby tak dehydrate, cepat habiskan antibiotic dan jaundice turun kemudian nak discharge je. Tension dah tengok baby kene cucuk tapak kaki ambil darah dan kene drip 24jam je. kesiannya anak mom nih.

9/7/2014

Tiub ketiga antibiotic diteruskan dan baby tunjukkan result positive cuma jaundicenya makin naik, (again tak dapat susu mommy) bacaan bilirubin menunjukkan bacaan 210. *haih, kena tahan lagi lah ni* sebab kesiankan baby on drip scha dan husband buat keputusan untuk dischargekan baby dengan our own risk dan nak usaha BF baby kat rumah dengan mengurut dan petua orang tua untuk turunkan jaundice baby. berani mati kirenye time nih.

Lastly discharge jugak kami berdua dan terus balik ke rumah, scha berpantang di rumah sendiri je sebab rumah parents dalam process nak renovate so tak sesuai untuk berpantang nanti. Alhamdulillah baby tak da masalah cuma jaundice memang lambat nak turun. InsyaAllah nanti scha akan update episod jaundice, pantang, penjagaan luka epis, segala petua dan jamu kat entry lain. 

Syukur sangat sebab segalanya berjalan dengan lancar. Perjalanan menjadi seorang mommy bukan sahaja melahirkan tapi menjaga, mendidik, memberi perhatian dan kasih sayang. Scha kekadang terfikir kenapa ada orang sanggup buang baby sedangkan sakit yang hanya ditanggung berseorangan semasa melahirkan seorang bayi. Baby scha sendiri walaupun nangis sikit je scha dan husband dan mula risau, susu ke, pampers ke, panas ke or sejuk sangat ke. Ni ade pulak yang buang baby sampai meninggal. Sedih betul sedih.

Bagi yang belum dikurniakan rezeki zuriat, scha dan husband sentiasa doakan supaya kita semua merasa menjadi ibu dan bapa. Anak ini pinjaman Allah, sekejap atau lama nyawa yang Allah bagi untuk anak yang kita lahirkan ini cuma Yang Maha Esa je tahu. Anak bukan hak milik kekal kita cuma selama mana dia ada dengan kita hargai, sayangi dan dibela dengan penuh rasa tanggungjawab supaya membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

aishiteru

sechano


Thursday, August 14, 2014

#schadiljunior : Saya sudah jadi Mommy (Part 1)

Assalamualaikum,

30 minit jugak blur nak update blog nih. Urat putus semalam bersalin belum cure habis lagi ni sampai nak update blog tercengang je depan pc. Selalunya cecepat tranfer gambar, edit pastu mengarang. Kalini ambil masa sikit scha nak update blog. Alhamdulillah syukur, harini adalah hari 39 pantang. Banyak betul rezeki, kegembiraan, dugaan dan cabaran sepanjang scha bersalin pada 39 yang lalu. So lepas ni memang scha akan update secara bertubi-tubi dari kisah bersalin, berpantang, jaga anak, kisah jaundice, kisah maciam-maciam lagi lah. Tunggu ekk.

So al-kisah bersalin.

Semasa pregnant husband scha sedang attend 2nd class course kat ALAM Melaka, selama 6 bulan dan oral test pada awal bulan 7. Disebabkan due date scha jatuh pada 18/7 so kami masih melenggang kangkung kat rumah settlekan last punya last (bape kali last tah) barang baby dan persiapan sekiranya emergency scha nak bersalin. Bag semua siap sedia dah perasaan nak bersalin tu dah membuak, tak zabarrr rasenye.

Seminggu sebelum bersalin (37w) :

Perut mengeras sepanjang masa secara tak konsisten, 20 minit sekali, 10 minit sekali dam interval sejam ke dua jam lepastu hilang. Kaki tak bengkak langsung cuma muka dah sembab sangat dan perut dah turun kebawah. Masa ni 37w dan masa checkup serviks scha dah dilated 1cm. Tapi masih tak sakit or turun tanda. Cuma Braxton Hicks agak kerap pada waktu malam. Masa ni lek lek lu dan buat aktiviti harian seperti biasa.

Sehari sebelum bersalin (38w1d) :

6/7/2014

Husband bertolak ke Port Klang sebab nak oral pada 8/7/2014. So pegi awal sebab nak study group and prepare last untuk oral test ni. Masa ni scha kat rumah sorang je, dah biasa pun dari awal pregnant lagi duk sorang sebab husband selalu kat Melaka. Malam sebelum nak tido whatsapp dengan husband cakap scha dah start sakit tapi boleh tahan lagi. Risau pulak sebab husband baru je sampai KL kalau sakit sangat takkan nak suruh husband balik pulak. Rilex dan paksa jugak diri untuk tidur, kerap kencing dan asyik tengok panty takut ade ape-ape show. 

12.00 malam, 

serangan BH yang makin kuat, mengali jugak air mata ni sebab tahan sakit sorang-sorang, sumpah pinggang sampai ke punggung memang sakit macam nak tercabut. Masa ni teringat cakap my mum yang dia bersalin tak turun tanda langsung cuma sakit pinggang tak boleh tahan. Masa ni terus call husband cakap scha sakit macam nak bersalin dah dan husband suruh call parent hantarkan ke hospital KPJ.

1.30 pagi,

Scha sampai di KPJ Penang dengan my mum dan adik-adik, terus ke emergency dan maklumkan yang scha ni patient Dr.Fawziah dah rase sakit nak bersalin, nurse terus tolak masuk labour room dan my mum uruskan hal admission ke wad. Tak sangka nurse akan suruh masuk labour room dan asa ni pulak handbag adik yang pegang so memang lost contact dengan husband dan family sepanjang dalm LR. Nurse pasang CTG untuk check heartbeat baby dan contraction, baby OK dan scha cuma ade mild contraction. Lepas 2 jam nurse tranfer scha ke ward. Nurse bagitau yang Dr Fawziah suruh scha ambil ight breakfast kul 6 pagi dan terus kena puasa sampai bersalin.


So ni lah bilik scha, Ward Ixora kalau tak salah. Ade katil untuk family members yang accompany patient, (macam scha husband dan my mum yang bermalam secara bergilir-gilir sepanjang 3 malam scha kat wad. Alhamdulillah selesa la nak freehair time dalam ward pun sebab bilik sendiri. Barang berharga macam breastpump semua terjaga sebab takut jugak hilang dalam hospital ni.


7/7/2014

5.00 pagi,

Bangun awal (actually tak boleh tidur langsung), mandi lama sebab nak kurangan sakit contraction tu, dan tengok tv jelah sambil tunggu breakfast serve pukul 6 pagi. Dah breasfast rutin macam biasa la nurse akan datang checkup bp, temperature dan suruh get ready untuk masuk LR. Dr Fawziah akan terus datang untuk VE dah tengok dah berape cm dilated. Time ni neves, excited, seronok semua dah bercampur baur. 




melayan tv sambil text dengan husband, masa nih husband belum balik lagi sebab scha masih tunggu Dr. Fawziah sama ada ade kemungkinan tak nak bersalin haritu takut kang husband balik tapi tak bersalin lagi pun.


light breakfast roti bakar. then nurse bagi baju baru untuk tukar dan standby masuk LR.


8.30 pagi, 

Sakit contraction makin kuat, Scha terus ke LR time ni berjalan jelah sebab nak cepatkan bukaan. Lagi sekali kena pasang CTG dan contraction makin kerap dan kuat, sementara tunggu Dr. Fawziah datang ke LR nurse dari nursery pun datang bagi consultation pasal breastfeeding. Berejam jugak la duk citer pasal BF sebab nak attract attention scha untuk bercakap dan bersembang, tak nak bagi duk melayan sakit sorang-sorang terjerit dalam LR tu. Masa ni dah whatsapp  

10.00 pagi,

Dr. Fawziah datang buat VE, baru dilated 1.5 cm, serviks degil nak buka. Contraction kemain kuat kemudian Dr. Fawziah tanya scha, nak terus tahan sakit ke maybe 2,3 hari baru bersalin or nak bersalin harini terus? Dalam hati ni memang tak tertanggung sakitnye dan terus jawab "doctor, saya nak deliver je baby harini" Dr Fawziah pun terangkan prosedure untuk induced sebab jalan masih tak buka sebab dah 2 minggu scha cuma dilated 1cm. Dr mintak kebenaran untuk induced dan scha terus setuju. Tak sanggup nak menonggeng 2,3 hari tahan sakit. Dalam hati " i can do it bebeh" , "nak jumpa baby, nak jumpa baby"

Scha di-induced dengan cara masuk ubat insert Prostin E2 1 tablet. Tak sakit masa masukkan ubat pastu lepas induced scha berjalan je ke wad baby, tengok baby orang lain yang masih ade dalam nursery then masa yang lain dihabiskan dengan gosip dengan nurse dan tengok tv sambil tunggu husband sampai.


dalam labour room yang bosan, dah le kene puasa lapar gila dalam LR time ni nyesal tak seludup roti.

12.00 tengahari

Disebabkan berpuasa nurse pun takdelah lunch break bagai, so diorang habiskan masa dengan scha je sebab time tu cuma scha sorang je dalam LR, nurse pun ramai-ramai lah datang ajarkan macam mane nak push baby, nak bernafas masa push supaya cepat proses bersalin nanti. Then nurse bahagian lactation sampai diorang ajar scha untuk breastfeed selepas bersalin, urut breast, posisi menyusu dan sebagainya. Best sangat sebab ingatkan kene buat semua tu sendiri. hihi.

1.00 petang,

Husband dah sampai dari Klang, time ni scha dah start sakit yang lebih lagi, perut mengeras je dan lapar sangat. Cakap dengan nurse yang scha lapar, nurse pun kesiankan scha dia senyap-senyap seludupkan milo kotak dari wad scha, hehe TQ nurse! Best sangat nurse dalam LR dan nursery semua baik belaka. Time ni bila setiap kali contraction mulut tak lepas dengan zikir " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" untuk permudahkan urusan scha bersalin terutama permudahkan bukaan serviks supaya cepat dan tak perlu lah nak operate czer. (takut)

3.00 petang,

Dr. Fawziah datang buat VE lagi sekali dan scha baru dilated 2.5cm then air ketuban scha dipecahkan, masa ni CTG menunjukkan scha dah stress on labour. Time ni scha dah sedut gas sampai terlena kiranya di"high" dengan sedut gas etonox nih. Time ni lah kan memang scha rasa antara hidup dan mati sebab tak sedar dah ape yang jadi dan semuanya husband yang recall kepada scha apa yang berlaku masa scha dalam LR. Dr estimate yang scha akan bersalin paling cepat pun maghrib sebab bukaan macam slow motion je. 

4.00 petang,

Subhanallah dah start sakit contraction yang kuat time nih, bergegar jugak rail yang attach kat katil tu. Time ni memang scha sedut gas all the time dan tahan je lah sakit contraction tu. Time ni scha nak terkencing sangat dan panggil nurse cakap yang scha tak tahan nak kencing, ingatkan nurse nak papah ke toilet rupanya tak. Nurse bawakan besen tempat kencing tu dan nurse suruh scha kencing sebab lagi memudahkan baby untuk keluar nanti tapi malangnya scha tak dapat nak kencing. Sambil scha mamai, nurse tepuk-tepuk bahu scha bagitahu yang dia akan masukkan tiub kencing dekat miss v scha. Time ni hangguk je sebab memang tak tahan nak kencing tapi tak boleh kencing. Masa nurse masukkan tiub ni tak rasa sakit pun dan sedar-sedar memang rase panas je air kencing mengalir without any effort. Settle bab kencing.

5.00 petang

Katil hampir nak roboh, husband pulak dah tak senang duduk sebab scha duk cakap "sakit bie, sakit bie oiiii" pastu duk tanya bila lah baby nak keluar ni dalam hati "Ya Allah dah la aku baru dilated 2,3 cm je bila nak 10cm ni". Husband sapukan minyak selusuh kat perut dan titikkan dalam mulut scha kiranya habis ikhtiar untuk cepatkan lagi bukaan supaya cepat bersalin. Kesian husband kena tarik kepala, kene smackdown leher, kena cakar lengan sebab tetibe wife dia dah berubah jadi incredible hulk atas sebab nak melahirkan seorang baby. (teringat balik dasyat jugak sampai roboh palang kaki kat katil tu, kalau husband citer balik sure kitorang mengekek gelak)

5.30 petang

"Nurse!!!! I nak epidural, I nak epidural sekarang ni nurse oi" Sakit yang tak dapat nak cerita, sakit nak terberak sangat time ni. Cakap kat husband time tu yang scha nak terberak sangat dan tolonglah panggil nurse. Time ni nurse just suruh scha teruskan sedut gas dan diorang cakap kalau nak epidural kene call doctor dan procedure ni cuma boleh buat atas permission doctor. Scha setuju sebab dah sakit sangat, tak tahan nak jugak epidural sebab scha ingat ni mesti bukaan ciput lagi dalam 4,5cm je.

5.40 petang

Dr. Fawziah datang lepas habis appointment dekat klinik dia. Dr Fawziah tanya lagi betul ke nak epidural sebab dalam birthplan dan masa checkup scha memang inform yang scha tak nak ambil epidural langsung, scha tak kisah dah scha cakap nak jugak. Dr buat VE lagi sekali dan ya Allah dah 8cm dilated. Active Labour! semua nurse bergegas datang masuk LR dan Dr Fawziah datang cakap depan scha " you dont need the epidural, you tahan sikit je lagi nak bersalin"

5.50 petang

Scha tak berhenti sedut gas, time ni dah terjerit suara halus mulus "nurse saya nak terberak sangat ni nurse, sakit ni nak terkeluaq dah ni nurse". Husband cakap yang scha dah meronta duk sebut "nak terkeluaq, nak terberak" sambil tahan sakit contraction yang sangat kuat time ni. Masa ni cuma Tuhan je tau sakitnya seorang ibu nak melahirkan seorang anak. Insaf terus teringat kat my mum. Then scha dah tak berapa sedar sangat yang scha dengar nurse semua tengah kalut siapkan segala peralatan untuk bersalin dan sambut baby.

Time ni scha rasa perut tu terteran dengan sendirinya, memang scha tak push pun perut sendiri yang rasa nak push baby sangat-sangat. Nurse cakap belum lagi "kalau puan push jugak kepala baby dan rahim akan bengkak puan, tahan tahan dan sedut je lagi gas tu" Bayangkan time tu rasa macam nak cherry berry tapi korang tak boleh melepas, kene tahan nak tercirit terkinja-kinja macam tak jumpa toilet. Haa macam tu lah rasa sakit nak bersalin.

Lepas bape minit Dr. Fawziah datang check lagi kepala baby, nurse cabut gas yang attach kat scha, tepuk-tepuk scha supaya sedar dan cakap depan muka scha yang scha akan push baby kejap lagi. Fuhhh, time ni scha praktikkan teknik yang nurse ajar kat scha masa awal masuk dalam LR pagi tadi. Once dengar Dr. Fawziah kata ready, on count 1,2,3 tarik nafas dah push sekuat hati. Scha pun dengar je Dr. Fawziah cakap "push!!", nurse dah pegang lutut supaya tak terangkat dengan hanya sekali push sahaja scha selamat melahirkan baby boy kami. Time ni sekali zupppppp, air suam keluar macam paip pecah dan terus dengar suara baby menangis dan doctor terus letak atas breast scha. Ya Allah, hilang segala sakit yang berejam sebelum nih. Sampai tak rasa dah sakit kat area miss v.

"Good job nur amyra, good job sekali push je you buat"

Baby nurse ambil balik untuk bersihkan dan azan, scha dan Dr. Fawziah teruskan dengan proses keluarkan uri dan jahit. Scha kena epis dan ada 1st and 2nd degree tear. So berjahit sikit lah tapi tak banyak. Masa kena epis tu memang tak terasa langsung sebab kepala ni fokus kat baby je. Alhamdulillah semuanya selamat dan husband terus azankan baby sementara nurse cuci dan bersihkan katil scha. 

"Thank you doctor" pastu sambung tidur, haha letih gila berperang dalam LR

Selesai dah bab bersalin, nurse bersihkan scha dalam toilet sebab time ni scha dah tak larat sangat. Tak kisah lah nak naked dengan nurse pun sebab nurse dah pesan kalau nak cepat balik wad dan berehat jangan malu-malu. Dah tak malu pun time ni, redha je dengan apa nurse buat. Mandi, nurse lapkan luka epis, nurse pakaikan pad dan baju kendian tolak scha ke wad. Uri dan segala benda tu diorang pack dalam plastic terus bagi kat husband. Lepastu nurse bawa baby dekat scha untuk start breastfeed dia. Time ni nurse banyak ajar cara nak tekapkan mulut baby ke breast, alhamdulillah baby pandai hisap. *gambor ade tepi censored arrr skit*

Dan terus scha dihantar ke wad.



bau syurga, subhanallah wangi sangat time nih. pandai anak mom ni kenyit mate dgn mom and daddy ye.



Baby scha menghidapi "Hypoglecemia" iaitu dilahirkan dalam keadaan kurang glucose, nak kata scha diabetic mother tak pun, paeds kata mungkin result dari scha berpuasa seharian dan baby lahir terjadilah kurang gula dalam badan. Baby kena masuk inkubator dan diberi 3 tiub antibiotic, seterusnya ke dalam warmer dan drip glucose untuk stabilizekan baby. 


ni masa scha dukung baby dalam nursery, bangun untuk breastfeed baby. 

*okay nanti scha sambung dalam part 2 pulak ye*



"harini saya dah 39 hari dan nama saya adalah"

Ozil Ralphan bin Mohd Adil

2.8kg. 49cm
SVD Delivery
Gynae : Dr. Fawziah Tan Sri Dato Ishak
Paeds : Dr Zaidi Zakaria
KPJ Penang Specialist Hospital


aishiteru

sechano

Saturday, July 12, 2014

#schadiljunior : 07.07.14

Assalamualaikum


Alhamdulillah, scha dah deliver our baby boy semasa kandungan 38w2d.


Hari ke-5 berpantang harini, semuanya okay dan insyaAllah scha akan update full story bila dah sihat nanti ye. Sekarang mommy bz pump susu. Baby boy sangat kuat menyusu. 


See you!

aishiteru

sechano

Monday, June 30, 2014

#schadiljunior : Stroller Cosatto Ooba & 4moms Mamaroo

Assalamualaikum

Masih belum bersalin, khamis ni next checkup baby selagi takde turun tanda/sakit. Harini berpuasa, baby pun diam je tak aktif sangat maybe tau kot mommy tengah berpuasa. 

Stroller dan baby gadget.

Entry lepas scha dah shortlistkan beberapa stroller yang scha kenan, memang dah g survey dengan husband sampai ke KL, lepastu hari-hari google review kat youtube stroller yang sesuai dengan kegunaan scha dan husband kiranya muat bonet kereta dan sebagainya. Bila dah survey tu, murah rezeki cucu sulung dalam family yang parents scha nak hadiahkan stroller dan baby gadget. Rezeki anak mommy belum keluar dah dapat hadiah dari tokwan dan nanny.

Nanny nye berkenan dengan quinny moodd, 


mommy nye pulak berkenan dengan cosatto ooba


dan setelah voting secara aman, kami decide nak cosatto ooba. yeay!

Scha order cosatto ooba marzipan full set seperti kat atas ni, scha order dengan @teh_tehstroller (Instagram) korang boleh deal dengan Farah. Mula-mula memang takut nak order barang online dan sebabnya stroller ni dari UK memang takde choice la selain beli online kan tapi cari yang trusted seller, fyi Farah (teh_tehstroller) adalah cousin Kak Hanin (seafarer's wife) so lagi lah tambah confident scha nak beli dengan dengan Farah.

TQ dear!

So scha place order, 6 minggu kemudian stroller pun sampai Malaysia. TQ Farah sebab susah payah COD kan stroller sampai ke Penang . Alhamdulillah smooth deal dengan Farah ni, so mommy kat luar yang cari stroller from UK, boleh terjah Teh_Tehstroller kat instagram.




So bila dah dapat memang puas hati, barang semua dalam keadaan baik, semua complete set dengan ape yang scha order dan alhamdulillah cantik sangat stroller nih, tak sabar semua orang nak tolak baby dalam stroller. Jom scha share features stroller cosatto ooba nih. So stroller ni ada 3 look, reversible handle, dan hand brake.

Look 1 : Pushchair, 6mo++ 
Pushchair boleh recline, boleh facing parents or tak dengan menggunakan reversible handle.




 Look 2 : Carry cot, newborn ++




Look 3 : Carseat + adapter, newborn ++



Paling scha suka dapat matching changing bag + changing mat dan rain cover untuk semua termasuk pushchair, carry cot dan carseat. 



 large basket, boleh sumbat barang nanti


dan carseat base ni scha beli untuk letak dalam kereta, for baby safety bila attach dengan carseat nanti lagipun nanti bila husband sailing balik memang scha akan drive dengan baby je so kalau ade base ni senang boleh terus attch dengan method *1 clip* je terus carseat dah attach kat seat. Tak berani nak lama-lama kat carpark sebab risaukan safety baby. 

So far pasal stroller scha dah discuss dengan husband yang kami nak ajar anak duduk dalam stroller dan carseat sebabnya nak memudahkan scha bila husband sailing, kalau cranky tanak stay dalam carseat or stroller memang susah and limited la kerja scha nanti. Bila ade orang cakap, alaa anak nanti confirm tak nak duduk dalam stroller. Bukan salah anak tapi salah parents yang malas dan tak nak ajar, masuk kereta berdukung, keluar makan berdukung, masuk mall berdukung dan guna stroller bila penat dan tak larat nak dukung. So tu bukan salah anak tak nak stay dalam stroller or carseat. Parents kena cekal hati ajarkan anak. Kalau ajar dari awal InsyaAllah baby akan behave je. So scha ignore je ape orang cakap, bukan diorang yang nak tolong dukung anak masa scha sorang-sorang kat darat nanti. *flip tudung*


Baby Gadget : 4moms Mamaroo





Hadiah dari nanny yang super excited dengan cucu first, thanks nanny-to-be! Infant snuzzler yang merah tu scha beli dengan Bebetotz (Instagram) beli online je sebab ade promo price time tu terus grab, snuzzler ni boleh letak dalam carry cot untuk newborn so maknanya multipurpose la benda alah nih. Memang ramai yang dah tau function mamaroo ni memang best, ade 5 motion dan boleh attach mp3. My mum cakap nanti baby dah lahir pasangkang mengaji dalam rumah supaya tenang sikit baby tidur. So scha boleh la berurut dan berpantang dengan senang.

Barang baby semua dah siap, tunggu masa baby keluar je nih. Dah ramai relatives yang call tanyekan scha dah bersalin ke belum sebab dah dekat dengan due kan, so far memang takde sakit langsung dan scha tunggu je untuk next checkup khamis ni. Hopefully baby ready dah ekk nak keluar. Dan lastly, scha nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, Alhamdulillah ramadhan kedua dengan husband dan first time dengan baby sekali ni. Syukur*

p/s : Alhamdulillah semalam ronda bazar ramadhan dah dapat makan kuih talam ubi kayu dengan roti john. Selagi tak bersalin hari-hari buat checklist makan cuma air tebu je tak dapat minum sebab husband tak bagi. huwaghhh.

aishiteru

sechano

Saturday, June 28, 2014

#schadiljunior : Checklist Bag Hospital

Assalamualaikum

Hospital bag siap packing! yeay, jom check-in hospital jom.

Dah lama siap packing bag hospital tapi biasa kemalasan mengupdate, so scha update semua entri sekali dan buat schedule publish je senang sekali hadap. So takmau potpet panjang meh jenguk ape yang scha pack untuk ke hospital.


Tulah ghupe bag hospital kite, hehe senang bawa bag troli terus masuk hospital. Kebetulan bag ni dapat freegift dari Citibank so ape lagi kita rasmi buat bag hospital terus. Save dah tak payah gi beli bag baru. Scha packing bag masa 33w iaitu masa gynae inform yang baby dah engage, so dalam hati ok lah boleh terus pack bag sebab anytime boleh bersalin.


Ok ini checklist bag hospital untu scha dan baby.

Barang mommy :

1. Maternity Pad (Intimate 1 pack)
2. Panty (size besar untuk pakai maternity pad)
3. Disposable panty (kalau kene darah banyak bilas dan buang je kat hospital)
4. Nursing Bra
5. Nursing Pad (takut susu meleleh nanti basah baju and bra)
6. Stokin tebal
7. Sweater
8. Tudung instant
9. Minyak panas
10. Minyak urut
11. Bengkung zap on
12. Towel
13. Plastik bag
14. Kain batik
15. Nursing Dress (untuk check-out hospital)
16. Hand-towel
17. Toiletries ( berus gigi, facial foam, shampoo)
18. HANDBAG ( Purse, IC, Hand phone, charger, gopro)
19. Beverages (thermos, horlicks 3in 1, kurma, air zam-zam)


Barang Baby :

1. Baju Baby ( 3 pasang siap pair dengan mitten, booties dan bonnet)
2. Napkin
3. Baby hooded towel
4. Barut baby ( 2 helai)
5. Minyak Telon ( scha juga calming lotion buds)
6. Fleece Blanket
7. Pampers
8. Toiletries
9. Baby wipes
10. Buku surah yassin


baju baby siap matching


Disney travel toiletries set, cukup la nak bawak gi spital je.

Ok, sediakan 1 bag kecik dan pack baju untuk baby pakai lepas lahir nanti, selalunya husband lah yang akan pegang bag ni sampai lah masuk labor room sebab nanti nurse akan mintak baju baby dekat parents masa nurse bersihkan baby, so dah tau daddy nye bukan reti sangat bab baby ni so mommy pack kan siap-siap baju sepasang, mitten + booties, blanket (bedung) dan pampers 1. Terus masuk dalam bag kecik, so nanti dekat nak bersalin just inform husband ambil bag merah sebelum masuk labor room.


mommy pilih hijau as baju first baby. yeay! matching lah semua sekali.


nah ghupe bag hospital scha, actually semua barang ade yang tak muat. so macam tudung dan nursing dress gantung dengan hanger je. bebetul macam nak check-in hotel.hihi.


Siap, settle, lega! 

aishiteru

sechano


Friday, June 27, 2014

3rd Trimester : Checkup Baby

Assalamualaikum

Baby update : Scha compile kan semua checkup baby dalam 1 entry.

31w : Yeay, baby dah pusing masa ni memang position head-down. So takdelah scha risau pasal baby tranverse lagi, takde petua pun tapi yang scha buat adalah sujud dalam 2,3 minit dan berdoa supaya baby berpusing dalam keadaan normal. Alhamdulillah baby pusing dengar cakap mommy. 


31w : selalu cover muka, asyik-asyik main idong



33w : Checkup macam biasa, Alhamdulillah baby okay memang tak berpusing dah just stay dengan keadaan normal, check mulut, kira jari jemari tangan dan kaki, air ketuban okay. Gynae tanya nak bersalin macam mana ofcoz scha pilih untuk bersalin normal dan memang nak bersalin dengan Dr.Fawziah. EDD 18/7/2014 dan gynae suruh scha prepare 2 minggu awal untuk persediaan bersalin sebab EDD hanya estimate je. Masa ni jugak scha draft kan birth plan untuk submit kat gynae. Alhamdulillah gynae approve semua yang scha minta.


33w : pun cover muka dengan tangan, main idong je anak mom ni



35w : Review lagi sekali birth plan, Dr. Fawziah support semua request scha dan banyak kali pesan pada scha and husband kalau anything nak request just inform her jangan diam je macam orang lain pastu lepas bersalin complaint macam-macam, euwww not nice lah mommy. Even Dr. Fawziah inform yang scha dan husband adalah 1st couple yang submit birth plan kat dia, and dia memang bagi 100% positive feedback kepada kami as first time parents to be. Yeay! 

*even sebelum ni scha pernah google/cari review/tanya orang yang pernah bersalin dengan Dr.Fawziah, ada positive ada negative but first point scha pilih she to be my gynae adalah dia gynae perempuan dan Islam, extra point adalah scha tak pernah sama sekali ada bad experience dengan Dr since dia sangat positive dari scha misscarriage sampai ke 2nd pregnancy yang dah nak beranak ni. So experienced yourself sebelum judge macam-macam. Plus, dia memang pakar dalam bidang ni so incase emergency senang boleh terus proceed dengan next step,and nurse cakap Dr ni siap boleh repair lagi miss V kita kalau lepas bersalin tu jadi tak cantik. best kan?*

Injection ATT dan check gula. Again, alhamdulillah takde kencing manis dan masalah lain. Baby pun doc cakap tak besar dan tak kecil, normal baby weight 2.6kg. Graf berat baby pun normal je. Gynae inform yang baby dah engaged, dah masuk laluan dan estimate scha akan bersalin awal sebab aktif. Aktif buat keje rumah je, tu belum betul-betul aktif. hihi.


35w : 2.6 kg dahhh anak mom ni. dagu lekuk ikut sape ni.


Syukur sangat sepanjang mengandung ni memang takde health problem, tak kene minum air gula, HB/BP normal sepanjang pregnant, takde alahan pelik-pelik, baby dan mak baby pun sihat walafiat je sepanjang nak masuk 9 bulan ni. Sekarang ni tunggu hari je nak bersalin. Harini scha dah masuk minggu ke 37, dan hari rabu lepas pegi checkup dengan gynae, check serviks dan laluan dan gynae buat VE inform yang baby dah turun bawah sangat dah, ready nak bersalin dalam minggu depan dengan bukaan 1cm. Terus nervous sebab dah ade bukaan tapi belum sakit lagi. 

VE, tak sakit pun so far takde lah trauma macam orang lain yang rata-rata scha baca dekat blog semua seram pasal kena seluk, tapi scha experienced seluk yang tak sakit maybe depends on sape yang buat VE tu. Tips relax and sembang je dengan nurse or doctor. InsyaAllah tak sakit. Sekarang ni scha kat rumah, gynae suruh scha prepare bag hospital dan alert dengan tanda-tanda bersalin. Memang scha rasa contraction sekarang ni, perut mengeras dan sakit senggugut tapi still boleh tahan. 

Mudahan Allah permudahkan jalan scha dan husband serta seluruh family nak jumpa baby, new family members untuk raya tahun ni. Amin. 

aishiteru

sechano

Thursday, June 26, 2014

#schadiljunior : Baby Diapering

Assalamualaikum

Latest update : 37w, dilated 1cm. Gynae bagi balik rumah, suruh prepare barang baby dan bagi 1week kalau ade tanda bersalin terus datang hospital. Baby dah turun bawah sangat tapi scha memang tak sakit langsung, so balik rumah try semua natural inducer, buat "homework" even husband takut-takut. Hee ;)

Ok, sempat je kan dah dilated 1cm still nak update blog, yelah banyak lagi entry terpendam ni so dah tranfer semua gambar masuk pc baru nak karang ayat satu persatu. Baby diapering or perihal pampers baby selepas lahir ke dunia ni. Before this scha ade mention yang nak guna cloth diapers, why? (click cloth diapers link kat sidebar) so scha teruskan niat tersebut.

Untuk cloth diapers ade certain brand yang scha dah mention sebelum ni, so sebagai starting scha terrrbeli brand Lunatots ni even takde dalam list. Niat sebenar nak pegi Lunatots Penang sebab nak beli set berpantang tapi terbeli sekali cloth diapers ni sebab time tu tengah Member Day Sale. Dah harga pun okay beli lah sikit kan. Scha grab 4 pasang, cover + insert. 



Setelah pre-wash 3 kali so baby dah boleh guna dari newborn, scha beli sekali diaper liner jenis bamboo flushable so kalau baby poo poo boleh terus buang liner sekali poo poo baby dalam toilet. Make sure beli yang flushable okay kang sumbat pulak toilet korang.

Ade lagi few brand yang scha nak grab tapi lepas baby 2,3 bulan. Sebab nya takde sape nak basuh time berpantang nanti. Boleh je campak dalam washing machine tapi sayang nanti cepat rosak so scha nak tunggu habis pantang baru nak start pakai CD. 

So untuk baby masa lahir sampailah dah 2,3 bulan macam tu scha pakaikan pampers dulu, lagipun newborn memang kerap poo poo so pampers jelah yang senang nak salin dan memudahkan ketika scha dalam pantang. Nak beli pampers pun puas le survey merata blog dan forum, nak cari pampers yang bagus dan sesuai untuk baby yang kulit sensitive.

Mommy scha pilih Mamypoko!


Ni adalah kelengkapan diapering untuk bakal baby nanti, CD, pampers MamyPoko. Scha beli baby wipe pun brand MamyPoko 2 yang wangi dan 2 lagi yang biasa. Then tambah lagi dengan liner dan wipes brand Disney. 


Ok, semua barang dah siap scha kemas dalam almari baby.


Ni cerita semalam, pergi checkup dengan gynae then sebab scha dah ade jalan 1cm untuk bersalin, nurse dah booking kan bilik untuk scha bersalin nanti. Lepastu terus dapat goodies bagi dari Drypers untuk newborn baby even scha belum lagi bersalin. TQ Drypers! 

Sekarang ni contraction makin kerap dan kuat sampai sakit pinggang sikit tapi still boleh tahan, baby pun makin aktif tapi masih tak turun any tanda. So masih rilex kat rumah, buat kerja rumah bagi siap dan sempat masak untuk husband bagi dia makan kenyang-kenyang sebelum husband pulak kene masakkan lauk pantang untuk scha nanti. Hihihi. Scha tengah practice squat, jalan itik dalam rumah sebab nak cepatkan bukaan serviks. Petang ni pulak nak evening walk kat rumah parents. Mari-mari kita cargas.

p/s : kalau dah 1cm bape lame lagi nak bersalin?

aishiteru

sechano